Blogger Layouts

Khamis, 6 Oktober 2011


alt
by : NURUL AMIRA


Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. (Hamka)


Sememangnya cinta itu sering kali dikaitkan dengan keindahan, dan sering sahaja mengundang senyuman.  Ada yang sanggup memperjuangkan cinta sehingga sanggup pula melepaskan yang dimiliki demi mengejar cinta.  Lihat sahaja paparan di media pada hari ini,  tataplah berita di kaca televisyen dan internet,  bacalah berita di akhbar dan majalah. 
 
 
saya; u sayang i?
awak; mestilah,,sayang sangat-sangat,,ketat-ketat!
saya; sayang u juga,,aishiteru u ♥
awak; aishiteru too u,,muahh!! ♥
syaitan; AISHITERU U BERDUA!!!HAHAHA!!!!
                                                                             
by : NURUL AMIRA
 
 

Isnin, 14 Februari 2011

Munajat Kami

Wahai Allah Yang Maha Agung,
Ampunilah seluruh dosa kami
Tutupi dan hapuskan segala aib dan kesalahan kami
Dan berikan kepada kami kesanggupan untuk mengubah dan memperbaiki diri menjadi lebih baik
Kurniakanlah kepada kami akhlak yang mulia
Peribadi yang indah dan terpelihara

Ya Allah,
Kurniakanlah kepada kami ketenangan hati,
kedamaian hati,
kebeningan dan kebersihan hati,
ketenteraman jiwa
kesegaran berfikir dan ingatan yang tajam

Usir dan buanglah segala kegelisihan, kekhawatiran, ketakutan, kecemasan dan kesedihan dalam hati dan jiwa kami.
Jadikan hati kami tenteram, tenang, dan damai dengan mengingat-Mu
Berharap dan bergantung hanya kepada-Mu

Wahai Pemilik dan Penguasa Segala Hati,
Kurniakanlah kepada kami hati yang bening dan bersih
Hati yang suci, tulus dan ikhlas.


Jumaat, 4 Februari 2011

cerita seorg isteri..

Cerita Seorang Isteri
sedih gak cerita ni, sediakan tisu banyak-banyak yee…huwaaaaaa……….
Effa memerhatikan jam didinding, sudah dekat pukul 12.00 malam, argh.. dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini.
2.00 pagi. “Effa, Effa bangun sayang”. Khairil mengejutkan isterinya.
“Eh! abang dah balik, maaf Effa tertidur, abang nak makan?” Tanya Effa. “
“Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur diatas”. Jawapan yang  cukup mengecewakan Effa. “Arrggh rindunya Effa pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang, abang tak nak tengok ker apa Effa masak hari ni, ikan cencaru sumbat kesukaan abang,” luah Effa dalam hati.
“Abang naiklah dulu Effa nak simpan lauk dalam peti ais dulu”. Pinta Effa sambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta kecil hatinya sedih perasaannya. Effa ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk  alas perut kerana dia sememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu. Effa menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur.
Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap.   “Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Effa”, bisik hati kecilnya. Aargghh rindunya Effa pada abang. ” Effa rindu nak peluk abang, Effa nak kucup abang, Effa rindu abang”.
Selesai solat subuh Effa panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Khairil tercinta, diberi kesihatan yang baik dan paling panjang dan kusyuk dia berdoa semoga Allah berikan kekuatan untuk menempuh segala badai. Selesai menjalankan amanat itu, Effa kejutkan Khairil, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami tersayang. Effa keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.
“Assalamualaikum”, sapa Khairil yang sudah siap berpakaian untuk ke pejabat. “Waalaikumsalam, sayang”. Effa cuba bermanja sambil menambah, “abang nak kopi atau teh?” Effa tetap kecewa apabila Khairil hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada ‘presentation’ dan hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga hati Effa dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Effa menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu “Abang, Effa belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Effa”, kata Effa selepas kereta itu meluncur pergi. Arrghh rindunya Effa pada abang.
“Ril, semalam pukul berapa kau balik?” tanya Zikri.   “Dekat pukul 2.00 pagi”. Jawab Khairil acuh tak acuh. “Wow dasyat kau, kalah kami yang bujang ni, woi semalam malam Jumaat ler, kesian bini kau”. Zikri bergurau nakal. “Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00″, aku balik pun bini aku dah tidur. “Balas Khairil.
“Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau ada masalah dengan Effa ke?”. Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universiti malah sekarang bekerja sebumbung.
“Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Effa, kami tak bergaduh tapi entahlah”.  terang Khairil.
“Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar  semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?”. Usul Zikri.
“Ok.” Ringkas jawapan Khairil sambil menyambung kembali merenung plan bangunan yang sedang direkanya.
Effa membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat manis dia diijab kabulkan dengan Khairil. Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan. Saat-saat sebegini Effa teringat kembali alangkah indahnya   sekiranya ibunya masih   ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya  sesiapa. Effa menangis sepuas hatinya. 5 tahun menjadi suri Khairil,   bukan satu tempoh yang pendek. Effa bahagia sangat dengan Khairil, Cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh. Effa sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Khairil. Makin laju air matanya mengalir.
“Abang sanggup menerima Effa, abang tidak menyesal?”. tanya Effa 5 tahun yang lepas.
“Abang cintakan Effa setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah abang akan bahagiakan Effa dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang buat Effa,”. Janji Khairil.
“Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?”. Tanya Effa lagi.
“Syyy… doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah, Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri”, Khairil meyakinkan Effa.
Effa masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Khairil dia mungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja.
Tapi Khairil yakin Effa mampu memberikannya zuriat. Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas 5 tahun, Effa tidak salahkan Khairil sekiranya dia sudah mengalah dan terkilan kerana Effa masih belum mampu memberikannya zuriat. Walaupun Effa sudah selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. Arrghh rindunya Effa pada abang.
“Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Effa, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi…” ayat Khairil terhenti disitu.
“Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up? Celah Zikri.
“Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya, duduk rumah saja, sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya”, terang Khairil.
“Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia? tingkas Zikri.
“Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, dan akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Effa sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana aku akan simpati aku pada dia   akan bertukar menjadi perbalahan ” Jelas Khairil.
“Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia? kata Zikri tidak berpuas hati dan menambah, “apa kata korang ambil saja anak angkat?”
“Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kawin lagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup”. Ujar Khairil.
Effa masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan pergi berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara mara atau menjenguk orang tua Khairil dikampung. Kini dah hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua dan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka dengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua mertuanya.
Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk mereka, itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya, maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit. Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang ke kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi kini… aarghh rindunya Effa pada abang.
Effa tahu Khairil pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing, dan hari ini sekali lagi Effa menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya kasihnya kepada Khairil. Effa masih tidak menaruh syak pada Khairil, dia masih cuba memasak sesuatu yang istemewa untuk Khairil bila dia pulang malam nanti, tapi Effa takut dia kecewa lagi. Arghh tak apalah, demi suami tercinta. Aaarggh Rindunya Effa pada abang.
“So you dah tahu i dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan I kenapa? Adakah kerana simpati atau ikhlas?” Tanya Khairil pada Zati yang dikenali dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing. Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang teman makan malamnya.
“I ikhlas Khairil, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mula sayangkan you”. Zati berterus terang. Lega hati Khairil, tapi Effa?
“Abang Effa tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja,” adu Effa pagi tu, sebelum Khairil ke pejabat.
“Ye ker? Ambil duit ni, nanti Effa call teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar Effa ni.” jawapan Khairil yang betul-betul membuatkan Effa mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Effa sakit demam Khairil sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Effa. Arrgghhhhh rindunya Effa pada abang.
Disebabkan Effa terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik selepas makan dua bijik panadol, dia terus berbaring.
Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Effa menangis lagi.
Malam tu, seperti biasa Khairil pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis harijadi kawannya. Effa masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Khairil. Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang ada didepan mata setiap hari. Aargh rindunya Effa pada abang.
Apabila Khairil selesai mandi dan tukar pakaian, Effa bersedia untuk membuka mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat sarat.
“Abang, Effa nak cakap sikit boleh?” Effa memohon keizinan seperti kelazimannya.
“Effa, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih,” bantah Khairil.
“Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akan balik lambat, Effa tak berpeluang abang”. ujar Effa dengan lembut.
“Eh.. dah pandai menjawab,”perli Khairil.
Meleleh air mata Effa, dan Khairil rasa bersalah dan bertanya apa yang Effa nak bincangkan.
“Kenapa abang terlalu dingin dengan Effa sejak akhir-akhir ni? Tanya Effa.
“Effa, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?” Khairil beralasan.
Effa agak terkejut, selama ini Khairil tak pernah bercakap kasar dengan dia, dan dia terus bertanya,
“Dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Effa, tapi sekarang?” ujar Effa.
“Sudahlah Effa……..  abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang    menyesakkan dada”, bantah Khairil lagi.
“Sampai hati abang, abaikan Effa, Effa sedar siapa Effa, Effa tak mampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara tangis anak-anak bukan? Dan Effa terus bercakap dengan sedu sedan.
“Sudahlah Effa abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka. Bosan betul…”
Pagi tu, Khairil keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Effa dan tanpa suara pun. Effa makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi.
Malam tu Khairil terus tidak pulang ke rumah, Effa menjadi risau, telefon bimbit dimatikan, Effa risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf dari Khairil bila dia kembali. Effa masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Khairil muncul dan Effa terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Khairil hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja. Effa kecil hati dan meminta Khairil pulang malam nanti kerana dia ingin makan bersama Khairil. Khairil sekadar mengangguk.
Tetapi malam tu Effa kecewa lagi. Khairil pulang lewat malam. Demam Effa pulak makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Khairil dia ke klinik, sebab sudah tidak tahan lagi.
Abang pulanglah abang, pulanglah Effa ingin beritahu perkhabaran ini, pulang abang, doa Effa. Effa kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon itu disambut oleh Zikri.
“Syukurlah Effa kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, boleh aku jumpa kau? tanya Zikri
“Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku, berdosa tau”, tolak Effa.
Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Effa itu. Setianya kau perempuan, bisik hatinya.
“Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku boleh?” pinta Zikri
“Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau, last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan?” setuju Effa.
“Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Effa hanya tersenyum penuh makna, dan membisik, “Allah makbulkan doa saya mak cik”. Pilu hati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan. Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu. Zikri serba salah.
“Effa, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nak  mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Khairil dalam proses untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam saudara sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau tanyalah dengan Khairil dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga korang.” terang Zikri.
Effa menangis semahunya dibahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Effa menantikan Khairil sehingga ke pagi, namun dia masih gagal.
Dua hari kemudian Khairil pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian penting, dan masa ini Effa bertekad untuk bertanya.
“Ya betul apa yang Effa dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak, dan abang takkan lepaskan Effa, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Effa, kerana mereka juga sayangkan Effa, dan Effa kena faham abang inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji    takkan abaikan Effa.”  Janji Khairil.
Effa sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Effa terlalu kecewa.
Khairil masih menanti diluar, rasa amat bersalah bersarang dikepala, sejak dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Effa pengsan dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah.
“Insya-Allah En. Khairil, dua-dua selamat”. Terang doktor pada Khairil.
“Dua-dua apa maksud doktor? tanya Khairil
“Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak berehat kerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak akan  menyebabkan berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni,” terang doktor.
“Ya Allah Effa mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Effa, kesal Khairil. Malu rasanya untuk menatap muka Effa.
“Kenapa Effa tak bagi tahu abang yang Effa mengandung? kesal Khairil.
“Effa memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudah bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan Effa tak sampai hati bang, Effa tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu.” Jelas Effa.
“Effa sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang Cuma sekadar berkawan sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak lama lagi.” janji Khairil.
Kesal kerana mengabaikan Effa yang mengandung itu, membuatkan Effa risau dan akhirnya pitam dihalaman rumah, mujurlah ada jiran nampak dan membawa kehopital, dan mujur jugak Effa pengsan dihalaman, dapat dilihat orang.
“Mama kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat,” marah Khairil bila melihatkan Effa cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu, mertua dia meminta supaya Effa tinggal saja dirumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat.
“Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah.”balas Effa. Itulah panggilan manja mereka sekarang ni.
Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan, dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doktor mengarahkan supaya Effa hanya berehat dihospital, supaya senang mengawasi Effa dan andainya apa-apa berlaku Effa akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung. Setiap hari Effa akan dilawati oleh Khairil. Effa amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar, amat berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Effa sanggup tinggal dihospital, sanggup menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu.
Kandungan sudah dipenghujung 7 bulan, Effa amat bahagia merasakan gerakan- gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setaip tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan. Doktor makin teliti menjaga Effa,  kerana bimbang berlaku  pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Effa mengalami pertumpahan darah yang serius, lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa  minit sahaja. Khairil tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu, apakah khabarnya Effa di dalam sana. Khairil makin risau, setengah jam kemudian doktor keluar.
Khairil meluru “doktor bagaimana isteri saya ?”, Khairil terus bertanya.
”Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba sedaya upaya untuk selamatkan Puan Effa Ain.” Terang doktor.
“Apa maksud doktor? Tanya Khairil yang sudah tidak sabar.
“Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya.” jelas doktor.
“Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat.”
“Ermmm… lekanya dia sampai terlena.” tegur Khairil sambil membelai dan
mengusap kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan Effa. Effa hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia    Syuhadah.


Effa Ain masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Nur Syuhadah buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih saying pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi,  semalam dia mimpikan arwah ibunya, datang menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa suara, ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja. Hari ini Effa menjadi seorang perindu, dia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu pada Khairil.
“Mungkin mak Effa datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira”. pujuk Khairil menenangkan Effa.
“Abang… tolong Effa bang!!” laung Effa dari bilik air.
“Ya Allah Effa kenapa ni? Khairil ketakutan.   “Mak… tolong mak… makkkkkkkkkkk” Khairil menjerit memanggil emaknya didapur.
“Cepat, bawak pergi hospital, cepat Khairil” perintah Mak Zaharah.
“Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan akhirnya dia  ‘dijemputNya”, terang doktor. Terduduk Khairil mendengarkan hal itu.
Jenazah selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah tidak akan menikmati titisan-titisan susu Effa Ain lagi. Syuhadah menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya.
Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan  neneknya. Syuhadah  terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku dan terharu, Khairil mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia  terlelap didakapan papanya.
Abang yang Effa rindui,
Abang maafkan Effa kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Effa sudah jauh meninggalkan abang, Effa tak harapkan Effa akan selamat melahirkan anak ini, tapi Effa harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Effa. Itu harapan Effa bang. Effa masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh kerana Effa tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni doa Effa dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Effa menanggung segala kepayahan demi zuriat ini bang.
Saat Effa menulis surat ini, Effa masih lagi menjadi penghuni setia katil hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Effa bahagia merasa tiap tendangan dia abang, Effa bahagia, cukuplah saat manis ini Effa dan dia. Effa rasakan setiap pergerakannya amat bermakna, dan andainya ditakdirkan Effa hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan sahaja Effa redha bang. Siapalah Effa untuk menolak ketentuanNya. Effa tak mampu abang.
Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Effa untuk mengandungkan zuriat dari benih abang yang Effa cintai dan kasihi  selamanya. Effa redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Effa redha, kerana Allah telah memberikan Effa sesuatu yang cukup istemewa, dan andainya maut memisahkan kita Effa harap abang redha sebagaimana Effa redha. Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Effa untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau Cuma    seketika.
Andai apa yang Effa takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Effa harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Effa harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Effa harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang.
Seumur hayat Effa, Effa tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan Effa, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang.
Abang yang Effa rindui…
Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Effa ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang, tapi Effa tak berkesempatan, dan walaupun kini Effa tiada lagi, tapi Effa nak abang tahu yang…
Effa rindukan abang…… Effa rindu sangat dengan abang….. rindu bang… rindu sangat….
Sekian,
Ikhlas dari Effa, isterimu

Effa Ain Bt. Abdullah
Khairil melipat kembali surat itu, yang telah dibaca berulang kali dan kini dia amat rindukan Effa Ain… dan kini barulah dia sedar betapa berharga sebuah kerinduan itu…..
Effa…. abang juga rindukanmu sayang.. bisik hati Khairil.
Minta maaf kepada pembaca, mula-mula saya gunakan nama Effa, kemudian setelah berfikir saya lebih tertarik kepada nama Effa, saya terpaksa tukar semula satu persatu, itu yang ada tercicir kejap Effa kejap Effa, saya hanya sedari bila saya baca kembali printed version, dan saya berharap semoga pengendali sedar dan tolong edit, tapi nampaknya tidak.. so saya mintak maaf. Saya karang cerita ni disaat-saat nak balik kerja itu yang kelam kabut sikit. Minta Maaf yer…. sebab tak sempat saya nak edit, dan betulkan ayat-ayat yang salah..
Untuk belati- saya yang menulis cerita ni pun menangis sambil menaip, untuk buat cerita yang baik saya letakkan diri saya sebagai ‘Effa’ supaya saya dapat tonjolkan watak Effa dengan baik. 

Khamis, 3 Februari 2011

aku seorang hamba Allah..

kerana peribadinya aku terpesona,
kerna budinya aku jatuh cinta,
rindu ku padanya tiada terkata,
nantikanlah daku di taman SYURGA..